Blog EntryMengenai KorbanNov 18, '09 8:14 PM
for everyone

Ulang kaji - dan manusia itu di suruh ingat mengingatkan..

Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)

"Barangsiapa yang diberi kemudahan, sehingga ia mampu berkorban akan tetapi tidak mahu berkorban, maka jang anlah ia mendekati tempat solat kami ini". (HR Ahmad dan Ibn Majah)

Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur".

"Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)

Link pilihan :

Sejarah korban
Falsafah korban - Cinta Allah Mengatasi Cinta Makhluk
Hikmah dan Hukum Ibadah Korban
Mengerjakan Ibadah korban mengikut Sunnah
Panduan korban
Tata cara penyembelihan korban

----------------------------
* sekadar info 


15 CommentsChronological   Reverse   Threaded
mohdramli wrote on Nov 18, '09
ambo sentiasa berkorban jiwa raga mensejahterakan keluarga, hok nie rasa-rasanya korban yang paling dituntut agama, hok lain tu sunat je..
alamshah67 wrote on Nov 18, '09
yup, moleklah begitu..
syaharim wrote on Nov 18, '09, edited on Nov 18, '09
sharial u tahun ini buat di mana sharial. lama tak dengar cita dari u di sini. Rasa nya dah agak sepi lah sharial .
mohdramli wrote on Nov 18, '09
sharial u tahun ini buat di mana sharial. lama tak dengar cita dari u di sini. Rasa nya dah agak sepi lah sharial .
tengah bersedh kut kerana terpaksa berkorban hati dan perasaan kut...khehkheh gurau jeee...syahrim, you jadi ke berkorban kebebasan bujang you lepas raya korban nie...
syaharim wrote on Nov 18, '09
tengah bersedh kut kerana terpaksa berkorban hati dan perasaan kut...khehkheh gurau jeee...syahrim, you jadi ke berkorban kebebasan bujang you lepas raya korban nie...
bro tahun ini tak jadi lah, insyallah tahun depan pasti......
alamshah67 wrote on Nov 18, '09
sharial u tahun ini buat di mana sharial. lama tak dengar cita dari u di sini. Rasa nya dah agak sepi lah sharial .
salam shaharim, lama kita tak bual2, saya agak sibuk sikit.. tak dapat korbankan masa.. insya allah, ada topic2 yg agak menarik yg akan dikemukakan, kelak.. jeng3.. namum spelling tu tak syok kalo tak lengkap.. ~ shahrial.
syaharim wrote on Nov 18, '09, edited on Nov 18, '09
salam shaharim, lama kita tak bual2, saya agak sibuk sikit.. tak dapat korbankan masa.. insya allah, ada topic2 yg agak menarik yg akan dikemukakan, kelak.. jeng3.. namum spelling tu tak syok kalo tak lengkap.. ~ shahrial.
sorry shahrial nak cepat kot terlupa laks H tu ada lagi satu
soalan2 cepu emas tu tak sabar menunggu lah shahrial...... cepat2 lah kasi tahu....
mohdramli wrote on Nov 18, '09
ambo, isteri dan anak-anak je balik kampung joint korban, ambo sendiri berkorban hati perasaan di kl kerana ada anak yang exam spm dan jaga bonda yang sudah tua, nak dibawa pulang ke kampung akan mengorbannya...huhuhuuu juga berkorban...
syaharim wrote on Nov 18, '09
hahhaha bro ramli korbankan saja pending2 itu pd saya . sebab saya ini boleh di katakan kekurangan juga dgn bilangan pending2 tu.
mohdramli wrote on Nov 18, '09, edited on Nov 18, '09
hahhaha bro ramli korbankan saja pending2 itu pd saya . sebab saya ini boleh di katakan kekurangan juga dgn bilangan pending2 tu.
bisa-bisa saja asal pengorbanan saya itu asalkan you sanggup mengorban wang ringgit khehkheh heheee
alamshah67 wrote on Nov 18, '09, edited on Nov 18, '09
Untuk bro ramli, sebuah lagu oleh alm. P Ramli, dgn ucapan janganlah bersedih..

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
mohdramli wrote on Nov 18, '09
ambo dah biasa, lepas raya haji nanti ambo balik langsung jumpa tukang terpaksa berkorban wang ringgit sebab hulu gigi dan hulu akar bahar ambo dah siap...huhuhuuu
liannewskool wrote on Nov 18, '09
alhamdulillah, buat pertama kalinya saya berjaya mengumpul duit untuk melangsungkan upacara korban...
pandaisaraf wrote on Nov 19, '09
ramai yg th ttg korban tapi ape yg tersirat dan tersurat di dlm pengertian, penghayatan korban ramai yg x ambil th
mohdramli wrote on Nov 19, '09
rasa tahu tapi tak pernah belajar nak tahu..
Add a Comment
   

Premium Account

شهريال بن تاهر 
I'm just an average malay leading an average life.
 

 
 since: 11/12/08free counters

    my facebook