Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
Online Seller

Shahrial

 
I'm just an average malay leading an average life.
 

 
 since: 11/12/08free counters

    my facebook
 
Blog EntryAug 4, '09 4:47 AM
for everyone

Sebagaimana yg kita tahu, syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Syirik dibahagikan kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata). Di sini, kita akan sentuh syirik khafi. Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara. Maksud syirik di dalam beramal ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal.

Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.

Allah menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.” – (Surah az-Zumar, ayat 65)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)

Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.

Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.

Gejala syirik khafi berleluasanya.. gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas.. menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.

Anggota masyarakat mesti didedahkan dengan bahaya syirik supaya mereka dapat membezakan apakah pekerjaan dan perkataan mereka selama ini mengandungi unsur syirik atau sebaliknya. Mengingatkan diri sendiri..


abastajab wrote on Aug 4, '09
Semoga kita semua dijauhi dari perkara-perkara yang disebutkan diatas..."Naauzubillahi min zallik ".
mohdramli wrote on Aug 4, '09
kita sebaik-baik makhluk..kenapa harus bergantung pada yang lain...amin semoga dijauhkanNya.
Comment deleted at the request of the author.
mohdramli wrote on Aug 4, '09
supo kata pakcik awang teksi hok ambo tumpang tu..kalau semua kita kena buat, kenapa harus bergantung kepada mereka..kalu keris pun kita kena cuci..yakni tokleh nak bersihkan diri sendiri..apa hebatnya keris tu..kalau pelesit pun kena bagi makan telor, tokleh cari sendiri apa hebatnya pelesit...cuma satu je kena belaja ilmu pelesit, belaja ilmu jin, agar mudah menghalaunya kalau tidak menghapuskannya..muga benda jahat nie dok kaca kita pagi petang, siang malam, jangan jadi kita hamba jin, hamba macam-macam tolong bui makan sedangkan kita sendiri kurus kering tak cukup makan..jin pelesit makan ayam panggang kita makan ikan kering hok takdok kepala sebab nak jimat belanja...ko guano
harizant wrote on Aug 4, '09
Dari Amirul mu'minin Abu Hafs yaitu Umar bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul 'Uzza in Riah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi l-'Adawi ra. berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda :

"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendakd ikawininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu." (Muttafaq‘alaih)
Comment deleted at the request of the author.
konzan wrote on Aug 6, '09
Senang menulis tapi sukar nak mempraktikkan kita ni hidup maka harus menempuh segalanya. Cuba selam lagi jauh bukankah kita ni manusia yg lemah selalu melakukan
kesilapan . Maka bersyukurlah Allah membuka pintu taubat hingga nafas terakhir. Maaf kalau menganggu minda anda.
alamshah67 wrote on Aug 6, '09
Ya, benar kata bro konzan.. Allah maha mengetahui dan maha bijaksana.. dgn sifat lemah kita yg juga termasuk lalai dan lupa.. rasullullah saw telah berpesan, bagi kita untuk ingat mengingatkan.. semoga kita selalu dilindungi dan dijauhkan dari sifat2 kemungkaran, insya allah.. :)
Add a Comment