Taqabbalallahu minna wa minkum.. "Pemaafan bukan hanya hadiah bagi yang meminta.. namun pemberi maaflah penerima hadiah yang lebih besar.. kebebasan dari amarah, dendam, tertekan, kebencian dan dengki.." penyakit2 hati yg elok dihindari.. wassalam..
Taqabbalallahu minna wa minkum.. sempena Aidilfitri.. ku menyusun sepuluh jari maaf dipinta.. segala kekasaran bahasa dan apa-apa yg tidak baik dari saya.. ku mohon maaf.. ![]() (gambar Masjid Sultan, petikan bro Tuah Bugis)
On Saturday 10 July '10, had a meeting with Michael Marlow (VVV) from Sweden, whom we have been friends for years. We are collectors from the Ethnographic Arms and Armour Forum and were members of (the now defunct) Kampungnet Keris Gallery. The last time we were involved together was with the late Karsten Sejr Jensen in his KrisDisk project. We met at Malay Art Gallery (MAG), where it was appropriate to look and discuss edged weapons. Kai Wee and I brought along a few edged pieces and keris hilts to look and talk about. Toh Kai Wee (BluErf), myself (Alam Shah) and of course the owner of Malay Art Gallery, Adni Aljunied (Adni Aljunied) are long-time forum members, way before the Keris Warung Kopi was created. Michael Marlow is also a martial arts practitioner whom had learnt silat in Malaysia and elsewhere. Some of the selection of keris which we brought and talked about, one at a time. Seven tajong and a coteng hilts were discusses and we revisited the evolution of the tajong and coteng from the Spirit of Wood's perspective. A very good example of a tajong keris brought by Kai Wee, with its marvelous pandai saras blade, an icon of Northern Malay heritage. Keeping the precious hilts safe, for transportation. A photo together as a momento of the meet. How time flies when we're having a fun time together.. 3 hours passed. Before leaving, Michael got a couple of items from Adni. We later parted as we have other matters to take care of. As a momento, Michael gave us a book each. A nice meet. Hope to meet in Europe one day to view the massive collections.
Seorang teman yg arif dan peka telah menyampaikan satu pendapat yg cukup bernas. Saya banyak belajar dan terima nasihat dari teman ini. Bila kita lihat keris, terdapat pelbagai sudut pembicaraan mengenainya dan beberapa sudut berbeza yg dititikberatkan. Ada yang melihat keris daripada sudut seni dan keindahan. Sudut yg menjurus kepada lahiriah dan bentuk zahir. Bermula dari penampilan bilah, bentuk pamor, luk, saiz, seni pada pakaiannya, bahan yg digunakan, corak ukiran dan hiasan tambahan seperti tatahan perak, emas dan sebagainya pada pendokok, hulu dan sarung. Pada bilah, ada yang melihat dari sudut bahan besi, teknik pembuatan pamor, lapisan besi dan proses (metalurgi), selanjutnya. Ini juga bersifat ilmiah dan sebagai teknologinya. Ada juga yang menilai dari sudut mistik dan isi. Manakala bagi sesetengah orang pula mereka menilai keris dari sudut keselesaan dan efektif untuk tempur, bersesuaian dengan ilmu persilatan yang mereka pelajari, sama ada dari segi saiz dan berat keris serta rekabentuk hulu. Apa beberapa lagi sudut pandang yg berlainan. Dari sudut manakan pandangan kita? Walau apapun jangan sampai syirik dalam bermain keris.
Selepas sarapan pagi, kami langsung ke Galeri Nasional. Bersiar-siar di Bursa Keris, sementara menunggu ruang Pameran untuk buka. Temujanji untuk berjumpa teman-teman lain dari Singapura, Dave Henkel (DAHenkel) dan Toh Kai Wee (BluErf). Bila dah jumpa, kami pusing-pusing bersama sambil meneliti barang2 yg menangkap perhatian kami. Terdapat satu toko yg mempamerkan hulu2 keris tajong, sekali imbas macam hulu tajong Semenanjung, namun bila diteliti, ternyata bukan 'air tangan' tukang Semenanjung. Dari perbualan, ternyata ditempah oleh seorang dari Semenanjung bersama sebuah contoh tajong lama untuk mendapatkan ilham. Bila ruang pameran dibuka, kami pun masuk meneliti keris2 yg dipamerkan. Bermacam ragam variasi keris ada, dikhabarkan lebih dari 300 keris. Ada di antaranya keris lama, keris sepuh dari berbagai tangguh. Kebanyakan keris kemardhikan (baru). Ada sekadar pameran dan ada pula untuk pertandingan. Selepas berjumpa pak Jimmy (ganjawulung), kami bersiap sedia untuk bertolak ke rumah Haryono Haryoguritno, seorang sesepuh keris jawa yg tersohor. Penulis buku, "Keris Jawa - antara Mistik dan Nalar", seorang pembina Damartaji.. kumpulan keris tersohor di Jawa dan penasihat keris Jawa. Temujanji telah dibuat terlebih dahulu. Sampai disana, kami dijemput ke ruang tamu. Pak Jimmy memperkenalkan kami, kumpulan dari Singapura.. Dave Henkel dari Asian Civilisations Muzeum (ACM), Toh Kai Wee (kolektor), saya dari Yayasan Keris Singapura (YKS) dan seorang kolektor tempatan pak Rasjid. Selepas tukar kartu kami, di tanya hasrat kami berjumpa. Kami pun mula berbual, berbincang mengenai keris Jawa dan Semenanjung, beza, persamaan dan perkaitannya, dsb. Kemudian, diminta lihat naskah2 lama tulisan tangan dalam simpanan pak Guritno. Diperkenankan permintaan kami. Lima naskah ditunjukkan, diantaranya (lihat gambar). Kebanyakan dalam tulisan 'hanacaraka', namun dari lukisan gambar, ternyata naskah2 yg tinggi nilainya. Di cerita mengenai naskah2 tersebut, sempat belajar sedikit. Kemudian kami diperkenankan untuk melihat 4 buah keris-keris bermutu tinggi. 2 diantaranya, keris kembar tangguh Majapahit dan Mataram. Berbual agak panjang mengenai beberapa aspek. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, kami terpaksa berhenti disini dan dijemput untuk datang lagi di masa hadapan. Kami makan tengahari bersama pak Guritno, sambil dilayani dgn ramah oleh isteri pak Guritno. Selepas makan, kami beredar balik ke Galeri kerana pak Jimmy adalah seorang dari juri dalam pertandingan keris, begitu juga pak Guritno. :) Semasa di galeri, jumpa pula dgn penulis buku, "The Kris, A Passion From Indonesia" dan "Kris Hilts, Small Masterpieces from Indonesia", saudara Jean Greffioz, seorang berbangsa Perancis. Kami berbual seketika sebelum sambung lihat2 keris kali kedua, secara dekat. Lepas itu, kami, pak Jimmy Harianto, Kai Wee dan saya duduk bersantai sama Kohin dan Teguh Iman Santoso sambil melihat sedikit hulu2 cirebon, keris2 kemardikan yg separuh siap buatan Kohin, dsb. Sambil bersantai, Hidayat pun datang, kita sambung. Jumpa pak Neka di sebelah meja.. kami bertukar kartu dan dia masih ingat Suhaimi BigG dari YKS. Pada waktu malam, kami ke airport untuk menjemput keluarga saya yg baru tiba.
Cuti kali ini agak berbeza kerana ianya ada berbagai dimensi sebagai tetamu, duta, bapa, penyelidik dan murid.. Tujuan utama adalah untuk menghadiri acara "Keris for the World 2010", atas jemputan dari Panji Nusantara, kemudiannya di jemput pula ke Jakarta oleh teman perkerisan, pak Rasjid. Lalu dibuat rancangan selanjutnya. Tiba seorang diri pada lewat pagi 3hb Jun 2010, selepas makan tengahari, pak Rasjid dan saya langsung berbual panjang dan kemudiannya bersiap-siap bagi acara malam itu yakni, upacara perasmian event KFTW. Tiba di Galeri, disambut mesra oleh pak Andi Irvan dan Dr Ahmad Ubbe, berbusana Bugis, lengkap dgn berkeris. Menuju ke tempat duduknya para tetamu, tapi kami terus ke depan untuk bersalaman dan memperkenalkan diri pada pak Hardi, pak Toni Junus, pak Neka, yg semuanya berbusana. Seterusnya kami rasa tak syok untuk duduk, lalu ke bursa keris, di sebelah kiri. Berjumpa dgn pak Hartadi. Kami berbual seketika.. Rupanya ada juga orang yg kenal saya, cuma saya agak keliru, siapa mereka.. banyak kali menyingkap kembali masa titik perkenalan kita. Dalam berjalan-jalan, berjumpa dgn kenalan dari forum VSF, pak Boedhi Adhitya dan Raden Usman Djogja.. pemerhati keris Yogya yg tersohor, baru pertama kali bertemu muka setelah bertahun-tahun berkenalan. Jumpa juga dgn Empu Rudy (KRT Hartonodiningrat, ST), Empu Subandi dan Sukamdi. Berkenalan dgn yg baru dan berjumpa dengan kenalan lama. Kerjatangan penrajin dan tukang2 keris dari Madura semakin hebat. Apa yg saya lihat dari hasil pameran dan bursa keris, ada yg cukup baik dan ada yg masih boleh dipertingkatkan lagi. Di Semenanjung, diharapkan dapat menandingi semangat mereka dgn karya yg bermutu tinggi dgn kos pembuatan yg agak berpatutan, insya allah. Makanan local yg disediakan pun enak, atau kerana lapar.. kembali dari galeri, mata kenyang, perut pun kenyang.. Alhamdulillah. :) Terimakasih pak Rasjid dan pak Jimmy Harianto atas layanan yg cukup baik.
Dalam Kenangan Bila terkenang masa lalu rasa terharu Segalanya masih kekal dalam kenangan Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh Sekian lama di rantau bersendirian Tiada lagi seruling senja mendayu Tiada lagi ketawa riang bersama Bila sepi mengusik hati Semuanya kini dalam kenangan Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda Budi dan jasamu tetap dalam kenangan Teman seiring jalan kini jauh dariku Kemesraan kita tetap dalam kenangan Tiada lagi suara ombak di pantai Tiada lagi bayu teberau membelai Di saat sepi begini Semuanya kini dalam kenangan Bila masanya tiba nanti aku kembali Pasti ada yang berubah dan tiada lagi Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman Segalanya abadi dalam kenangan -------------------- oleh wheels
Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan. Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa. "Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk. "Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci.
Of Disciples and Craftsmen A master teaches his disciples to feel the flow,
Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah) "Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah) "Barangsiapa yang diberi kemudahan, sehingga ia mampu berkorban akan tetapi tidak mahu berkorban, maka jang anlah ia mendekati tempat solat kami ini". (HR Ahmad dan Ibn Majah) Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur". "Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37) Link pilihan : ----------------------------
Semalam 21hb Oktober '09, kakak ipar saya, alm Salowa Binte Mohammad, telah kembali ke rahmatullah. Beliau telah dimasukkan ke hospital sejak sekian lama dalam wad rawalan rapi (ICU). Semalam pagi selepas sistem bantu pernafasan telah diberhentikan, berapa ketika kemudiannya, beliau menghembuskan nafas yg terakhir.. Sebelum berangkat ke pusara. Kerabat bersama mengiringi jenazah. Setelah jenazah dikebumikan.. lewat petang. Yg sedang menabur bunga, anak dan suami pada almarhum,
Jika kita cerita keburukan orang lain dan cerita tersebut memang benar, ia dinamakan GHIBAH (mengumpat). Dengan itu, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua kenalan, jika kalau ada pada masa-masa tertentu terjadinya ghibah. ------------------------
Three things in life ----------------------------------- Three things in life 1. Anger ----------------------------------- Three things in life 1. Hope ----------------------------------- Three things in life 1. Love ----------------------------------- Three things in life 1. Fortune ----------------------------------- Three things in life 1. Commitment --------------------------- Amin.. Amin.. ya Rabbal Alamiin.
amatilah fikiranmu, kerana akan menjadi ucapanmu hanya mereka yang mengenal dirinya-lah
Rutab adalah buah kurma yang masak dan belum dikeringkan. "Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum beberapa teguk air." (HR Tirmidzi) "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah) -------------------- |